photo(s) of the day

hijau itu sejuk dan mempesona

3Cameron Highland, 2011

Aku suka Cameron Highland,

walaupun ada orang kata, apa la yang ada kat sana tu,

asyik-asyik tengok ladang teh, strawberry,

2

aku suka menghayati alam,

bukan nak tengok ladang teh atau strawberry aje..

diaorang tak faham…

takpe, abaikan…

se terer-terer tupai melompat, akhirnya bedebuk ke tanah

tanah1Port Dickson, 2010

untuk gambar ni…aku tak tertonggeng…

aku letak je kamera atas tanah…

 

 

tanah2

gila nak menonggeng kat tepi pantai…

masa ni zaman anak dara…

apa kelas anak dara nak buat keje gila mcm tu kan…

kang elok-elok ada orang nak usha…nampak aku menonggeng…terus cancel…

hahaha…

 

blue hour

blue hour

Kota Klias, Beaufort, Sabah, 2011.

dimana langit dijunjung,

disitu bumi dipijak…

blue hour1

jangan lupa asal usul…

aku anak kampung…

landasan

rail

Mentakab Railway Station, Pahang, 2012.

Dulu aku tak ada prinsip hidup,

aku redah saja hidup ini,

tapi kini, segalanya berubah,

kerana aku fikir,

orang yang tiada prinsip hidup…susah sikit orang nak respect..

asalkan prinsip itu tidak terkeluar dari landasan..

landasan itu ialah agama kita….Islam.

apa yang aku merepek ni…

golden hour

2

Sunrise

Mount Kinabalu, Sabah, 2010.

sunset

Sunset

Kota Kinabalu, Sabah, 2010

Saat pertama kali aku menjejakkan kaki di Sabah,

aku terpesona melihat indahnya mentari terbit di ufuk timur,

dan cantiknya mentari terbenam di ufuk barat..

Sabah adalah negeri yang indah!

air atas rumput

rintik air

Kebun durian, Akademi JPJ, Melaka, 2012.

aku pergi Akademi JPJ Melaka, asalnya nak kutip buah durian…

aku meredah kebun durian dan semak samun yang penuh dengan nyamuk demi kerana durian…aku rela..

tiba-tiba…

atas rumput yang aku pijak tu…ada rintik-rintik air….macam sarang labah-labah pun ye jugak…

aku tak tau nak panggil benda ni apa…

tertonggeng-tonggeng aku dalam semak, macam orang gila…dah la tengah pregnant masa tu…

tapi gambar ni sakit mata…sebab si tukang ambil gambar sangat tidak profesional…

Mount Kinabalu, Sabah

1

Mount Kinabalu, 2011

Satu perkara yang aku belajar dari pengalaman mendaki gunung ialah..

tidak kenal erti putus asa….serta semangat setia kawan..